Saturday, April 9, 2011

SUKANTARA KOT 2011 IPG KAMPUS IPOH

TARIKH: 14 HINGGA 17 FEBRUARI 2011
MASA: 5.00 petang
TEMPAT: PADANG UTAMA IPG KAMPUS IPOH





Sukantara sempena Kejohanan Olahraga Tahunan IPG Kampus Ipoh kali ke-26 telah diadakan dari 14 Februari 2011 hingga 17 Februari 2011. Sukantara ini melibatkan penyertaan keempat-empat sayap sukan bagi menyumbangkan mata untuk sayap masing-masing.

Antara acara yang dipertandingkan untuk sukantara termasuklah melontar peluru, lari pecut 100M, lompat jauh dan beberapa acara lagi. Sukantara menjadi acara wajib kepada semua pelatih. Sepanjang berlangsungnya sukantara, pelatih-pelatih memberikan komitmen yang padu demi kejayaan sayap masing-masing. Walaupun bersaing untuk menyumbangkan mata yang tinggi, semangat kesukanan tetap menjadi keutamaan.

Para pensyarah turut turun padang bagi memantau perjalanan sukantara. Penglibatan pelatih-pelatih dalam sukantara bukan sahaja memberi peluang kepada mereka untuk menyumbangkan mata biarpun sekadar mata kehadiran tetapi menjadi latihan awal untuk menghadapi Kejohanan Olahraga Tahunan pada bulan Mac nanti.


















Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada yang lemah.” (Riwayat Muslim)


Friday, April 8, 2011

SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA DI KEDIAMAN MB PERAK

TARIKH: 9 FEBRUARI 2011
MASA: 7.30 malam
TEMPAT: KEDIAMAN MENTERI BESAR PERAK




Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011 telah diundang oleh Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir untuk menghadiri Majlis Makan Malam sempena Sambutan Tahun Baharu Cina yang diadakan di kediaman beliau. Majlis ini dianjurkan oleh Yayasan Bina Upaya bersama BAIDURI (Badan Amal dan Usaha Isteri). Turut diraikan dalam majlis ini ialah warga emas, rakyat miskin, anak yatim dan beberapa golongan sasar lain.

Tetamu dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan persembahan koir. Sebelum pulang, perwakilan-perwakilan pelajar IPG Kampus Ipoh berpeluang bergambar kenangan bersama YB dan isteri serta mendapatkan nasihat dan kata-kata perangsang.


































农历新年

SEMINAR WACANA BAHASA MELAYU DBP-IPIP

TARIKH: 17 FEBRUARI 2011
MASA: 8.00 pagi
TEMPAT: DEWAN SERI MELATI IPG KAMPUS IPOH



Tanggal 17hb Februari 2011, satu wacana Bahasa Melayu telah diadakan di IPG Kampus Ipoh. Wacana yang bertemakan Sosiolingualistik Bahasa Melayu Merentas Budaya merupakan anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka dengan IPG Kampus Ipoh. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah DBP Wilayah Utara, En. Abdul Nasir Mohd Razali.

Dalam sesi ceramah sempena wacana tersebut, penceramah utama iaitu Y. Bhg. Prof Dr. Hj. Awang Sariyan yang kini menjadi penyandang pertama kerusi Pengajian Melayu-China, di Universiti Bahasa-bahasa Antarabangsa Beijing telah menyentuh pelbagai isu bahasa meliputi evolusi bahasa, bahasa sarwa, kesinambungan dan perubahan bahasa, hubungan sosial dan bahasa, variasi bahasa, bahasa dalam bidang sosial serta dasar bahasa dalam pembinaan bangsa.

Majlis yang disertai oleh para pensyarah, pegawai DBP dan para pelajar telah diperjelaskan tentang kedudukan Bahasa Melayu yang telah membuana sejak zaman Sriwijaya, zaman Melaka sehingga zaman kini. Oleh itu, penghayatan sejarah dan perkembangan Bahasa Melayu sememangnya mustahak bagi pertumbuhan positif seperti bangsa-bangsa mahawangsa.

sumber berita: laman web rasmi IPIP



















Ikat jerami muat ke kandar,
Selepas makan mandi di telaga;
Ucap difahami wasangka terhindar,
Bahasa kebangsaan penyatu warga.

Batang halban dibawa ke huma,
Hendak dirikan sebuah taman;
Bahasa kebangsaan milik bersama,
Kita ungkapkan sepanjang zaman.