Thursday, October 28, 2010

Konsert Puisi ASHA

TARIKH: 13 Oktober 2010
MASA: 8.45 malam
TEMPAT: Dewan Sri Tanjung IPG Kampus Ipoh


Konsert Puisi ASHA merupakan program anjuran bersama Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ipoh dan DBP Wilayah Utara serta Karyawan Perak. Konsert ini menampilkan persembahan puisi daripada ASHA atau nama sebenarnya Ahmad Salleh bin Hj. Ahmad. Apa yang menjadikan konsert ini begitu istimewa adalah kepelbagaian persembahan puisi oleh ASHA yang ternyata menarik minat penonton. ASHA berjaya memikat penonton dengan gimiknya dan gaya bersahajanya dalam menyampaikan puisi.

Konsert turut diselangi dengan beberapa persembahan daripada pensyarah dan pelatih IPG Kampus Ipoh. Konsert bertambah meriah dengan kehadiran tetamu khas yang turut mempersembahkan puisi mereka.


Pengarah IPG Kampus Ipoh (berbaju batik merah) mengiringi Yg Berbahagia Dato' Profesor Dr. Hashim Yaacob (berbaju batik kuning) masuk ke dewan
.
persembahan pembukaan dengan lagu "Assalamualaikum"


pasukan kompang IPG Kampus Ipoh

antara pensyarah yang hadir

persembahan ghazal


ASHA menunjukkan kebolehan beliau berjoget


Pak Badri yang didatangkan khas dari Johor


gaya bersahaja ASHA ketika menyampaikan puisi


gabungan yang mantap


pelatih yang tinggal di luar kolej turut meluangkan masa

iringan muzik daripada pelatih IPG Kampus Ipoh




persembahan iringan ketika ASHA mendeklamasikan sajak "Ke Makam Bonda" karya Usman Awang

pelatih daripada unit G2

Saudara Khalid Salleh turut memperdengarkan sajak beliau

persembahan tarian Sumazau





mereka terdiri daripada pelatih unit K4


pakaian ASHA disesuaikan dengan sajaknya


pensyarah dan pelatih IPG Kampus Ipoh yang bertungkus lumus menjayakan program


Dewan Sri Tanjung tampak gah!

antara pelatih lelaki yang hadir


penampilan khas, Profesor Rahman Shaari


Naib Canselor Universiti Malaya ke-VIII ini turut mendeklamasikan sajak beliau

ASHA dengan pakaian ala pahlawan Melayunya

bergambar bersama saudara Khalid Salleh



tulang belakang majlis

hebat juga di pentas silat

penonton juga tidak ketinggalan bergambar kenang-kenangan bersama saudara Khalid Salleh


Konsert yang tamat pada jam 11 malam berlangsung dengan jayanya hasil komitmen jitu daripada semua pihak. Terima kasih atas sokongan semua warga IPG Kampus Ipoh yang telah menjadikan konsert ini suatu kenyataan.

No comments:

Post a Comment