Wednesday, January 19, 2011

MALAM GALA NOSTALGIA UNIT E DAN KPLI AMBILAN JANUARI 2010

TARIKH: 12 NOVEMBER 2010
MASA: 8.00 malam
TEMPAT: Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh

   Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2010/2011 telah diberi tanggungjawab untuk menganjurkan Malam Gala Nostalgia 2010 yang juga merupakan acara tahunan IPG Kampus Ipoh. Majlis ini diadakan khusus bagi meraikan unit E dan KPLI ambilan Januari 2010 yang akan meninggalkan IPG Kampus Ipoh untuk memulakan kerjaya sebagai guru. Unit E merupakan graduan pertama IPG Kampus Ipoh yang akan bergelar guru berijazah sarjana muda. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah IPG Kampus Ipoh, Tuan Haji Abdul Kadir bin Basiran. Tidak ketinggalan, Tuan Pengarah menyampaikan amanat dan pesanan beliau kepada pelatih unit E dan KPLI. Majlis ini bukan sahaja meraikan pelatih-pelatih unit E dan KPLI malah menghargai jasa dan sumbangan ketua-ketua kumpulan. Pengarah IPG Kampus Ipoh telah menyempurnakan acara penyampaian sijil penghargaan kepada ketua-ketua kumpulan.  Jemputan telah dihiburkan dengan persembahan kugiran, nasyid dan tayangan montaj. Turut menarik perhatian adalah persembahan gimik khas untuk pelatih unit E dan KPLI. Majlis berakhir dalam suasana yang cukup syahdu bersama iringan lagu "Salam Terakhir".

    Kesibukan menghadapi musim peperiksaan tidak menghalang ahli-ahli perwakilan membuat persiapan rapi bagi menjayakan majlis ini. Kerjasama daripada ahli-ahli exco juga memungkinkan kejayaan pelaksanaan majlis ini yang merupakan program kedua terbesar anjuran JPP sesi 2010/2011 selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan bulan lalu. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjadikan majlis ini suatu kenyataan. Juga kepada mereka yang memberi kepercayaan penuh kepada kami di barisan JPP sesi 2010/2011 untuk mengendalikan majlis ini. Buat pelatih-pelatih unit E dan KPLI, selamat menempuhi alam pekerjaan. Semoga mampu melakar sejarah dalam profesion keguruan dengan menjadi pendidik yang berkaliber lagi berwibawa.

Sebahagian kenangan yang dirakam pada majlis tersebut...








































Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

No comments:

Post a Comment