Friday, April 8, 2011

MAJLIS PERSARAAN PUAN FARIDAH MUSTAFA

TARIKH: 25 FEBRUARI 2011
MASA: 8 pagi
TEMPAT: DEWAN SERI TANJUNG IPG KAMPUS IPOH


Pada 25 Feb 2011 yang lalu, Majlis Jasamu Dikenang telah diadakan sempena persaraan Pn. Faridah Mustafa, yang juga merupakan pensyarah kanan (DG52) di Jabatan Bahasa Melayu. Majlis ini telah diadakan di Dewan Seri Tanjung, IPGKI. Pn. Faridah merupakan anak kelahiran negeri Perak iaitu di Teluk Kepayang, Bota Kiri, Parit. Beliau telah memulakan khidmatnya sebagai seorang pendidik di SM Teknik Ipoh pada tahun 1983.

Pn. Paridah Mustafa sebenarnya pernah menjadi salah seorang penguatkuasa kastam sebelum ini, tetapi beliau telah mengambil keputusan untuk beralih kepada bidang pendidikan kerana minatnya yang sangat mendalam dalam bidang ini. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bahasa Melayu dan Sejarah pada tahun 1982 serta melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam bidang kesusasteraan Melayu di UKM pada tahun 2004.

Dalam ucapannya pada majlis persaraan tersebut, beliau mengingatkan kepada semua warga IPG supaya sentiasa menjalankan tugas dengan dedikasi, bekerjasama, bertolak ansur,tida k mementingkan diri dan sentiasa memaafkan rakan-rakan dalam semua perkara. Di samping itu, beliau juga menasihati warga IPG supaya sentiasa mengikut rasmi padi yang semakin berisi semakin tunduk.

Dalam majlis itu juga, Pengarah IPG Kampus Ipoh, turut menyampaikan ucapan terima kasih bagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan warga IPG Kampus Ipoh kepada Pn. Faridah Mustafa sepanjang perkhidmatan cemerlang beliau di IPG selama 23 tahun. Semoga beliau sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T.

























No comments:

Post a Comment