Friday, April 8, 2011

UCAPTAMA TIMBALAN PENGARAH BAHARU IPG KAMPUS IPOH

TARIKH: 11 FEBRUARI 2011
MASA: 8.00 pagi
TEMPAT: DEWAN SERI TANJUNG IPG KAMPUS IPOH



Pada 11 Februari 2011 lalu, perhimpunan bulanan IPG Kampus Ipoh telah berlangsung penuh meriah dengan kehadiran Timbalan Pengarah yang baharu, Tn. Hj. Mat Akhir b. Hj. Abdullah. Setelah hampir dua bulan seluruh warga IPG Kampus Ipoh menantikan pengganti Timbalan Pengarah terdahulu yang bersara, akhirnya Tn. Hj. Mat Akhir menjejakkan kaki ke negeri asalnya untuk berkhidmat di IPG Kampus Ipoh bagi mengisi kekosongan kerusi Tn. Hj Mohamed Isa Khalid.

Dalam ucap utama, beliau telah melahirkan kesyukuran kerana telah kembali berkhidmat di tanah kelahiran beliau di negeri Perak ini. Beliau amat berharap agar pelatih-pelatih mencungkil sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dan pengalaman sebagai persediaan sebelum berkhidmat di sekolah.

Beliau juga berharap agar warga IPG Kampus Ipoh, khususnya JPP dan para pelatih menghayati slogan 'Kita Memimpin'. Oleh itu persediaan dari segi ilmu pengetahuan dan budaya guru perlu dimulakan dari sekarang.

Dalam majlis yang sama, Timbalan Pengarah turut menyampaikan anugerah dan hadiah sempena pertandingan KIK Peringkat Kebangsaan dan pertandingan Debat Puteri UMNO Malaysia serta pertandingan futsal IPG Kampus Ipoh.

Tn. Hj. Mat Akhir bin Hj. Abdullah

No comments:

Post a Comment