Saturday, October 30, 2010

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2010/2011

TARIKH: 22 Oktober 2010
MASA: 8.00 pagi
TEMPAT: Dewan Sri Tanjung IPG Kampus Ipoh

Satu sejarah terlakar lagi di IPG Kampus Ipoh dengan berlangsungnya Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2010/2011. Majlis yang gilang gemilang ini telah disempurnakan oleh Pengarah IPG Kampus Ipoh sendiri selaku Penaung JPP. Pada majlis ini, sijil-sijil penghargaan turut diberikan kepada mantan JPP sebagai menghargai sumbangan dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan mereka. Upacara menandatangani watikah pelantikan telah disaksikan oleh Dr. Rosli bin Sahat, Ketua Jabatan Inovasi dan Penyelidikan bagi menjamin ketelusan pelantikan. Pengarah IPG Kampus Ipoh turut menyerahkan watikah pelantikan kepada JPP sesi 2010/2011. Sejurus selepas itu, Saudara Prabu a/l Jeyaseelan selaku Yang Dipertua JPP memimpin bacaan ikrar sebagai lambang kesediaan dan kesungguhan pemimpin pelajar untuk melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Amanat yang disampaikan oleh Tuan Pengarah juga sedikit sebanyak telah menyuntik semangat dalam diri JPP untuk melaksanakan amanah dengan penuh komited. Majlis ini menjadi titik tolak kepada tanggungjawab yang tergalas di bahu kepimpinan pelajar demi merealisasikan hasrat-hasrat pelatih yang memberi undi. Syabas dan tahniah diucapkan kepada kepimpinan yang baru. SELAMAT MENJALANKAN TUGAS!



PERARAKAN MASUK TETAMU KEHORMAT DAN BARISAN KEPIMPINAN JPP
















BACAAN DOA

PENYERAHAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA JPP SESI 2008/2010














UPACARA MENANDATANGANI WATIKAH PELANTIKAN














 UPACARA PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN












 BACAAN IKRAR





 AMANAT PENAUNG JPP (PENGARAH IPG KAMPUS IPOH)

 IRINGAN PERSEMBAHAN KOIR



Sabda Rasulullah s.a.w. dari riwayat Al-Bukhari yang bererti : " Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu juga akan diminta bertanggungjawab tentang apa yang kamu pemimpin, ketua atau imam adalah pemimpin dan ia akan diminta tanggungjawab tentang apa yang dipimpin. Suami adalah pemimpin di dalam keluarganya, dan dia akan bertanggungjawab tentang apa yang dipimpin. Isteri juga dipimpin, dalam mengendalikan rumahtangga suaminya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya, dan pembantu rumahtangga juga pemimpin dalam mengawasi harta benda majikannya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.


notakaki: sekalung penghargaan kpd mereka yg terlibat di belakang tabir:
~En .Deva & kakitangan HEP
~En. Badrul & kakitangan unit grafik
~En. Samsi & pasukan koir
serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini

No comments:

Post a Comment