Wednesday, October 13, 2010

Pengenalan kepada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)


Berikut saya kemukakan salinan bagi Akta 174 yang menghuraikan  Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP). Huraian ini boleh didapati dalam Jadual Ketiga (Seksyen 7,8, 22, dan 23) Akta 17, Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.

JADUAL KETIGA
(Seksyen 7, 8, 22 dan 23)
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR

Huraian Umum Organisasi

Berikut dinyatakan pemilihan JPP hendaklah dilakukan melalui PILIHANRAYA dengan UNDI RAHSIA, kemudian baharulah diutamakan kaedah-kaedah lain termasuklah melalui perlantikan 'secara paksa' atau 'perwakilan setiap unit' yang dilakukan oleh sesetengah institusi pendidikan ini.

1. (1) Pelajar-pelajar sesuatu Institusi  hendaklah memilih suatu Jawatan Kuasa Perwakilan Pelajar secara berikut:
(a) berkenaan   dengan   sesuatu   Institusi   yang  mengadakan   suatu   kursus pengajian hanya  dalam satu bidang  tertentu selama  tempoh beberapa tahun, pelajar-pelajar bagi tiap-tiap satu tahun tertentu hendaklah memilih dengan kertas undi  rahsia atau apa-apa cara lain yang ditentukan oleh Pegawai  Hal   Ehwal   Pelajar,   sesuatu   bilangan   yang   sama   banyak sebagaimana   yang   ditentukan   oleh  Ketua   Eksekutif   daripada   pelajar-pelajar yang belajar dalam satu-satu tahun itu.untuk menjadi wakil-wakil dalam JPP; atau 

(b) berkenaan dengan sesuatu  institusi yang mengadakan beberapa kursus pengajian   dalam   berlain-lainan   bidang,   pelajar-pelajar   tiap-tiap   satu bidang tertentu hendaklah memilih dengan kertas undi  rahsia atau apa-apa cara lain yang ditentukan oleh Pegawai  Hal Ehwal  Pelajar, sesuatu bilangan yang sama banyak sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Eksekutif daripada pelajar-pelajar yang belajar dalam satu-satu bidang itu untuk menjadi wakil-wakil dalam JPP; pembahagian mengenai pelajaran yang   diadakan   oleh   sesuatu   Institusi   kepada   berbagai-bagai   bidang pengajian   bagi  maksud-maksud   perenggan   kecil   ini   hendaklah   dibuat oleh Ketua Eksekutif dengan kelulusan Menteri.

(2)  Apa-apa soal   tentang sama ada perenggan kecil   (a)  atau perenggan kecil   (b) perenggan (1) dipakai  bagi sesuatu Institusi hendaklah ditentukan oleh Menteri dan penentuan itu adalah muktamad.

Jawatan Yang Wajib Ada

Seksyen ini juga menyebut jawatan yang wajib diadakan dan diisi dalam JPP.

2. JPP hendaklah memilih dari antara ahli-ahlinya seorang Yang Dipertua, seorang Naib Yang Dipertua,  seorang Setiausaha dan seorang Bendahari,  yang mana sahaja hendaklah menjadi pemegang-pemegang jawatannya.

Tempoh Memegang Jawatan

Ditegaskan sekali lagi bahawa tempoh memegang jawatan bagi ahli JPP adalah SATU TAHUN. Takrifan DUA PENGGAL yang diguna pakai oleh sesetengah institusi pendidikan ini wajar dirujuk sebagai DUA SEMESTER dan BUKAN dua tahun!

3. Ahli-ahli JPP dan pemegang-pemegang jawatannya hendaklah dipilih untuk satu tahun.

Keputusan Mesyuarat

Seksyen ini turut menghuraikan kaedah pemilihan keputusan dalam sesuatu mesyuarat JPP dan proksi yang 'perlu' dipatuhi dalam pelaksanaan gerak kerja organisasi. 

4. Keputusan-keputusan  JPP hendaklah diambil  dengan undi   terbanyak  dengan tidak kurang daripada dua per tiga daripada ahli-ahli hadir dan mengundi.

Pembentukan Jawatankuasa Program

5. JPP   boleh  menubuhkan,   dari   semasa   ke   semasa,   dengan   terlebih   dahulu mendapat kelulusan secara bertulis Pegawai  Hal  Ehwal  Pelajar, jawatankuasa-jawatankuasa ad hoc dari antara ahli-ahlinya untuk maksud-maksud atau tujuan-tujuan tertentu.

Ketidaklayakan Memegang Jawatan

6. Tiada   seorang   pelajar   yang   keputusan   pembicaraan   tatatertib   terhadapnya masih   ditunggu,   atau   yang   telah   didapati   bersalah   atas   suatu   kesalahan tatatertib,   boleh   dipilih   atau  masih  menjadi   seorang   ahli   JPP   atau   seorang pemegang jawatan mana-mana badan atau jawatankuasa pelajar, melainkan jika dibenarkan secara bertulis oleh Ketua Eksekutif.

Tujuan/Matlamat Penubuhan 

7. Tujuan-tujuan dan tugas-tugas JPP ialah –

(a) membantu dan menggalakkan, tertakluk kepada arahan Ketua Eksekutif, kemajuan   kemudahan-kemudahan   bagi   pelajar-pelajar   seperti kemudahan-kemudahan   rekreasi   dan   pembekalan   makanan   dan minuman;

(b) membuat   rayuan   kepada   Ketua   Eksekutif  mengenai   perkara-perkara berhubung dengankeadaan-keadaan dalam mana pelajar-pelajar tinggal dan berlajar,

(c) mengusahakan apa-apa aktiviti   lain sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Eksekutif darisemasa ke semasa

(d) untuk memupuk semangat  hidup sebagai  suatu persatuan di  kalangan pelajar-pelajar Institusi; dan

(e) membantu pihak berkuasa Institusi memelihara disiplin pelajar.

Larangan Mengumpul Dana

8. JPP tidak boleh menyenggara apa-apa kumpulan wang atau membuat apa-apa pungutan  wangatau harta daripada mana-mana sumber jua pun tetapi apa-apa perbelanjaan yang munasabah sebagaimana yang dibenarkan oleh JPP boleh dibayar   oleh   Institusi   jika   tuntutan-tuntutan  bertulis   yang  munasabah  dengan disokong dengan   resit-resit  dan baucer-baucer  adalahdikemukakan oleh JPP kepada Ketua Eksekutif dan diluluskan olehnya.

Pengurusan Kewangan Organisasi

9. Bendahari   hendaklah  menyimpan   akaun-akaun   JPP  dengan   sewajarnya   dan tidak   lewat  daripada  tiga bulan selepas  akhir   tiap-tiap  tahun kewangan,   iaitu tahun   kewangan   sebagaimana   yang   ditentukan   oleh   Ketua   Eksekutif,   suatu salinan akaun-akaun  tersebut  yang diaudit  oleh seseorang yang dilantik oleh Ketua Eksekutif hendaklah dikemukakan oleh JPP kepada Ketua Eksekutifuntuk diluluskan.

Pengurusan Dokumentasi Mesyuarat

10. (1) JPP   hendaklah  mengadakan  mesyuarat-mesyuarat   dari   semasa   ke   semasa sebagaimana yang difikirkannya perlu dan adalah menjadi kewajipan Setiausaha menyimpan  minit   tiap-tiap  mesyuarat   JPP  dan  minit   itu   hendaklah   disahkan dalam suatu mesyuarat yang kemudian.

Pengurusan Mesyuarat Organisasi

(2)  JPP atau sesuatu jawatankuasa  ad hoc  JPP hendaklah,  tidak kurang daripada empat   puluh   jam   sebelum   mengadakan   suatu   mesyuarat,   memberi   notis mengenai   tarikh dan masamesyuarat   itu dan  juga agendanya kepada Ketua Eksekutif.

(3)  Tiap-tiap mesyuarat   JPP atau mesyuarat   sesuatu  jawatankuasa  ad hoc  JPP hendaklah  diadakan   hanya   di   suatu   tempat   yang   disediakan   bagi  maksud mesyuarat-mesyuarat itu oleh Ketua Eksekutif.

(4)  Ketua Eksekutif  atau wakilnya hendaklah hadir dalam  tiap-tiap satu mesyuarat JPP atau mesyuarat  sesuatu  jawatankuasa  ad hoc  JPP,  melainkan  jika Ketua Eksekutif   memutuskan   sebaliknya   berkenaan   dengan   sesuatu   mesyuarat tertentu.

(5)  Suatu   salinan   minit   tiap-tiap   satu   mesyuarat   JPP   atau   mesyarat   sesuatu jawatankuasa ad hoc JPP atau hendaklah diberi oleh JPP atau jawatankuasa ad hoc  itu kepada Ketua Eksekutif dalam masa tujuh puluh dua jam selepas tiap-tiap satu mesyuarat.

Pengurusan Rekod Jawatankuasa

11. Rekod-rekod   JPP   atau   rekod-rekod   sesuatu   jawatankuasa  ad   hoc  JPP hendaklah sentiasa terbuka untuk diperiksa oleh Ketua Eksekutif atau wakilnya.

12.   Bagi  maksud   Jadual   ini   “pelajar”   ertinya   seorang,   lain   daripada   seseorang pegawai awam, yang mengikuti kursus pengajian dalam Institusi:Dengan   syarat   bahawa   seseorang   adalah   terhenti   daripada  menjadi   pelajar dalam   erti   perenggan   ini   mulai   dari   tarikh   peperiksaan   akhir   bagi   kursus pengajiannya bermula, jika ia masuk peperiksaan itu.

Sumber :
 Undang-undang Malaysia Akta 174 Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976


No comments:

Post a Comment