TARIKH : 27 & 30 September 2010
MASA: 9.00 malam
TEMPAT: Dewan Sri Tanjung & Dewan Sri Melati
Manifesto sesi pertama melibatkan calon-calon yang bertanding bagi merebut jawatan Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua, Naib Exco Kebajikan dan Sosial, Naib Exco Kolej Kediaman, Naib Exco Perhubungan Luar dan Pengantarabangsaan, Exco Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan, Naib Exco Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan, Exco Teknologi Maklumat dan Penerbitan serta Naib Exco Disiplin dan Protokol.
Manifesto sesi kedua pula berlangsung pada hari Khamis dan melibatkan calon-calon yang menang tanpa bertanding dan beberapa jawatan yang tiada pencalonan.
Semua calon yang bertanding dan tidak bertanding menyampaikan manifesto masing-masing dengan pelbagai cara bagi meraih undi. Secara umumnya, calon-calon memberikan jaminan untuk membela kebajikan para pelatih IPG Kampus Ipoh dan berusaha untuk melakukan perubahan ke arah kemajuan institut. Frasa "Students' Power" yang acapkali bergema di segenap dewan sedikit sebanyak menyuntik keyakinan dalam hati para pelatih melakukan perubahan dengan memilih pemimpin yang benar-benar layak untuk mewakili suara mereka.
ucapan daripada Pengerusi SPR
calon NYDP
calon-calon pemimpin
calon-calon pejuang suara mahasiswa
mereka yang setia menyokong dari belakang
mereka berwibawa!
penyokong muslimat
calon NAIB EXCO PERHUBUNGAN LUAR DAN PENGANTARABANGSAAN
calon NAIB EXCO SUKAN, REKREASI DAN KEBUDAYAAN
penjaga masa
calon NAIB EXCO KEBAJIKAN DAN SOSIAL
calon ECXO TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN PENERBITAN
notakaki1: terima kasih kepada semua ahli SPR kerana telah menjadikan pilihanraya ini suatu kejayaan
notakaki2: terima kasih juga kepada semua pelatih yang memberi kerjasama sepanjang pilihanraya berlangsung
notakaki3: tahniah kepada semua calon yang telah menang, bagi yang tidak menang, anda tetap pemimpin terhebat!
No comments:
Post a Comment